Kad Raya zaman IT, hihihi |
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua... Apa Khabar?
Rasanya tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam yang menyambut hari kemenangan kita selepas sebulan kita menahan lapar, menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Nikmat Allah yang kita rasai, setahun sekali menyambut lebaran yang mulia ni. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal akan datang, insyaAllah.
Last time saya buat entry pada 10 Ogos yang lepas, lama kan saya tak update. Actually, ikut hati nak update blog ni hari hari tapi masa terhad untuk nak luangkan masa depan laptop. Kalau online Facebook pun melalui handphone je, laptop saya ni dah jadi tempat adik bongsu saya main game online je, hehehe.. Tahun ni sambutan Hari Raya tidak semeriah selalu. Kehilangan Abah masih terasa di hati kami semua. Setiap persediaan yang dilakukan, banyak mengingatkan kami pada arwah Abah. Kadang boleh tahan kesedihan itu, kadang mengalir jua air mata ini merindui kehadiran Abah dalam hari hari hidup kami. Setiap kali itulah, Al-Fatihah mengiringi kami buat Abah di sana. Semoga Abah berbahagia di sana di sisi-Nya, Amin.
Antara juadah yang mak sediakan di pagi raya ialah:
* Nasi Tomato + Ayam Masak Merah
* Rendang Ayam
*Ketupat Palas
Kuih Raya yang sempat kami sediakan:
* Biskut Raya Cornflakes
*Biskut Raya Peanut Butter Layer
* yang lain lain, kami beli je dan ada juga pemberian daripada kawan kawan Mak
Di pagi raya saya, mak dan adik adik siap siap pakai baju raya dan kami Solat Aidilfitri di Masjid Ladang. Teramat sayu dan sebak melanda diri apabila takbir bergema. Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk menghadapi semua ini dan sabar dalam mengharungi rintangan yang melanda.
Selepas selesai Solat Aidilfitri, kami ke Tanah Perkuburan Cengal untuk melawat kubur arwah Abah. Kami berlima sedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yassin buat arwah Abah. Kesedihan terus menyulungi perasaan kami semua. Kami amat merindui arwah Abah. Sudah 5 bulan Abah meninggalkan kami, terasa seperti baru semalam kami bersua. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah Abah, kami redha. Kami Sayang Abah. Al-Fatihah.
Selesai semua di tanah perkuburan, kami ke rumah Tok untuk bertemu dengan sanak saudara yang lain. Kemudian kami beraya beramai ramai. Begitulah juga pada Hari Raya Kedua, meneruskan sesi beraya ke rumah sanak saudara dan sahabat handai termasuklah Rumah Terbuka Pak Arin :)
Last but not least, tadi baru je selesai makan makan kat rumah saya, antara menu yang disediakan:
* Nasi goreng
* Mee goreng
* Bihun goreng
* Rendang ayam dan ketupat goreng
* Chicken Cheese Scallops
* Keropok lekor
* Air punch (sirap+sanquick)
* and Triffle (as picture)
Walaupun agak penat tapi happy dan puas hati. Seronok berkumpul ramai ramai mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin. Junior junior plak ramai, memang riuh satu rumah. Hehehehe. Terima kasih semua yang sudi hadir memeriahkan makan makan di rumah saya dan keluarga seronok dapat menghidangkan juadah buat kalian semua, orang kata, kenyang perut suka hati. That's all, next event >> my kazen akad nikah di Masjid Terapung, Kuala Ibai. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin.
No comments:
Post a Comment