Rasa bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah beri, tak putus putus Ain berdoa dan berterima kasih kerana Allah bantu Ain..
setiap kali syaitan cuba cucuk kan rasa sedih dan tak bersyukur dalam otak pemikiran ni, tapi Alhamdulillah, akal selalu bawa Ain sedar yang sebenarnya Ain amat beruntung dan Ain harus bersyukur..hati ini tenang kembali.
walaupun Ain seorang graduan universiti yang masih menganggur, tapi Alhamdulillah, Allah bantu Ain dalam perniagaan online, jadi walaupun status saya seorang penganggur, saya ada income sendiri untuk belanja sendiri dan bantu mak sikit sikit. Semoga Allah redha dan rezeki yang Ain dapat ni, diberkati oleh-Nya, Aamiin. (itulah apa yang Ain rasa & my positive thought that I should hold on to, In Shaa Allah)
bila syaitan laknatullah ni cuba cucuk hati Ain dengan negative thought contohnya, "kau kena keja kuat untuk dapat income tetap setiap bulan, kalau kau dah bekerja, keje biasa biasa je pun, setiap bulan confirm dapat gaji", dan lagi "kawan kawan kau semua dah bekerja, kau je duduk kat rumah, bisness online yang tak seberapa tu, apa la kau ni, tak class langsung" dan lagi..."berapa sangat lah kau boleh saving sekarang ni, nak beli itu, nak beli ini pun kena budget"
bila kita dengar atau termakan hasutan syaitan lakmatullah ni, tak semena mena je kita boleh jadi bad mood dan tak tenang..syaitan memang tak suka bila kita tenang dan bahagia dengan pemberian-Nya sebab tu lah dia cucuk cucuk benda negative dalam hati dan otak kita, jadi, sebagai hamba Allah yang percaya dengan Qada' dan Qadar, dan percaya dengan perancangan yang Allah tetapkan untuk kita, In Shaa Allah, kita akan teeeruuuuuss KUAT dan TABAH dalam menghadapi apa jua ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita. Allah tak pernah lupakan hamba hamba-Nya, kita je selalu lupa kat Dia.
Ain harap bagi sesiapa yang senasib dengan Ain, jangan sesekali putus asa, kalau tiba tiba ada perasaan sedih dan kecewa, cepat cepat bangkit semula ye..
walaupun belom keje, duduk rumah je, Ain selalu pujuk dan cakap pada diri Ain sendiri, bahawa, Allah nak Ain berbakti dulu pada mak dan adik adik. Abah kan dah takda...bahagiakan mak selagi boleh dan sentiasa ada di sisi mak selagi boleh..mana la tahu, nanti Allah nak bagi rezeki keje plak tapi jauh...kena berpisah dengan mak, sebab tu lah Allah tak bagi keje lagi agaknya, sebab Allah nak Ain temankan mak, mungkin mak selalu doa supaya Ain ada untuk temankan mak kan... In Shaa Allah, only Allah knows the best.
last but not least, setiap hari, sentiasa muhasabah diri..biarkan apa orang lain nak kata, yang penting, kita tahu apa yang terbaik dan apa yang boleh menggembirakan diri kita dan juga pencipta kita.. take it slowly, step by step, don't rush into it. Ain harap, sedikit sebanyak entry ni, dapat memberi nasihat dan semangat baru untuk sesiapa yang sedih sedih tu ye.. tak yah sedih sedih lah, nanti muka cepat berkedut,hehehehehe.
Sekian.....
No comments:
Post a Comment