"Akhirnya...
aku cuma mahu jadi orang biasa
masak makanan kegemaran kita
sterika baju kau sebelum pergi kerja
mandi dan susukan cinta hati kita
tidur beralas lengan kamu sampai bila-bila"
Namun...
ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh
kita lemparkan ke hujung dunia
kita hapuskan dari minda dan ingatan
bukan kerana kita membenci
tetapi kerana menyedari jika kita mengingatinya
hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan jika terus menyimpannya
hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan
bukan membenci, bukan berputus asa
cuma sedar dan faham
ada sesetengah perkara
memang bukan hak kita
menjauhi bukanlah bermakna membenci
cuma untuk mengelakkan hati dari terus terguris dan disakiti
Tidak Semestinya Apa Yang Kita Suka Baik Untuk Kita, Begitu Juga Dengan Apa Yang Kita Tak Suka Adalah Buruk Untuk Kita. Hidup Sentiasa Menjanjikan Sesuatu Yang Luar Jangkaan. Luar Batasan Akal. Yang Pasti Hidup Sentiasa Berdepan Dengan Cabaran Yang Bukan Sedikit. Cabaran Itulah Yang Buat Kita Lemah. Dan Dari Lemah Kita Perlahan-lahan Mendaki Kekuatan.
Walaupun Dengan Tangisan Tidak Mampu Menyelesaikan Apa-apa Masalah Tapi Kadangkala Air Mata Yang Jatuh Itu Membuat Kita Cukup Kuat Untuk Bangkit Kembali.
No comments:
Post a Comment