blog tune

Followers

Dec 7, 2010

DULU..ku pernah menyintaimu,,,


Dulu...ku pernah menyintaimu
sangat mencintaimu, setulusnya
ku berikan seluruh perhatianku kpdmu
ku jaga hatimu, ku bahagiakanmu
di mana ada kamu, ada jua aku
bila aku memerlukan, kau ada di sisiku
bila kau memerlukan, aku ada di sisimu
kenangan demi kenangan
kita cipta bersama-sama
melalui saat-saat indah bersama
suka & duka dikongsi bersama
tapi...............
inilah dikatakan asam garam kehidupan
tak akan dpt lari drpd pertelingkahan
sayangnya kau tidak seperti yg ku harapkan
kau tidak memahami hati seorang wanita
hati ku kau guris halus
setiap pertelingkahan, airmataku mengalir
bicara kau kasar, perhatianmu entah ke mana
tak pernah sefahaman
kau abaikan diriku, perasaanku
aku tidak selalu ada dalam hari-harimu
kau sakitiku, aku sabar
kau buat aku sedih, aku sabar
kau hancurkan hatiku, aku masih jua sabar
bagaimana lagi harus aku buktikan sayangku padamu
tapi kau tetap jua melukai perasaanku
namun 'sabar' selalu menemaniku
cuba mempertahankan hubungan kita
kemaafan ku berikan kepadamu
betapa kuat & dalam sayangku kepadamu
tapi sayang...kau tidak menghargainya
kesalahan demi kesalahan
kesilapan demi kesilapan
pengabaian demi pengabaian
penyiksaan demi penyiksaan
hanya itu yang kau dapat berikan kepadaku
ya, memang kau akui kesalahan yang kau lakukan
kau berikan aku 1001 alasan
pujuk rayu kau berikan padaku
kau berikan aku 'maaf' di atas setiap kesalahanmu
namun begitu, kau tetap jua ulangi
kau terus ulang, ulang & ulang
tanpa menyedari
hati & jiwa ku amat sakit
kau selalu mengucapkan kata-kata sayang
tapi kau tidak tahu apa mksud disebaliknya
cemburu mu membakar cinta kita
sayang mu menyakitiku
cinta mu amat menyakitiku
aku redha dgn perpisahan yg aku pinta darimu
aku cuba hidup tanpa mu
aku boleh, aku kuat
setelah sekian waktu hidup tanpamu
aku terbiasa, aku tanpa cinta


sejak itu, aku mula berfikir
cinta bukan untuk aku
setiap insan baru yg hadir dalam hidupku selepas dirimu
hanyalah kawan bagi ku
hati demi hati aku lukai
kerana aku belum bersedia utk menerima cinta baru
kerana kau masih di hati ku
kerana kau masih insan yang aku sayang
aku masih menanti mu
masih menanti bukti cinta mu terhadapku
ku akan terus tetap menunggu
sehingga suatu ketika....
hadir seorang insan
insan yg tidak pernah ku ketahui latar belakangnya
kami berkawan sprt yg lain
hari demi hari kami lebih mengenali
dia berbeza & slalu mencuit hati
kawan yg baik
pendengar yg setia
pemberi nasihat yg baik
dia juga sgt mengambil berat akan diri ku
tidak pernah menyakitiku
& sgt memahami jiwa seorang wanita
keselesaan bertukar kpd kerisauan apabila....
aku mula merasakan dia merasakan sesuatu terhadapku
kasih & sayang..
aku mula tidak selesa
aku risau & susah hati
aku buntu
aku tidak mahu melukakan hati sesiapa lagi
aku harap apa yg aku rasa tidak benar
namun, lama kelamaan
hati ku semakin kuat mengatakan
dia betul2 merasakan sesuatu terhadapku
lalu, aku mengambil keputusan
untuk terus bertanya kpdnya...
tanggapan ku memang tepat
dia menyayangiku
aku terpaksa berterus terang kpdnya
hatinya hancur bagaikan serpihan kaca
dia sedih, tidak dpt menerima
cuba memujuk ku utk memberinya peluang
tp aku tetap berdegil dgn keputusanku
maafkan ku kerana melukai mu
tetapi......
dia tetap ingin meneruskan persahabatan dgn ku
katanya, cukuplah aku ada dlm hidupnya
walaupun sebagai teman
dia tidak mahu kehilangan teman seperti ku
different, totally different
terus mencuba & terus mencuba
hanya maaf dapat ku berikan padanya

kerana....
aku masih menanti kau utk datang kepada ku
kau tetap juga tidak muncul
khabar mu hilang dari hari-hariku
adakah kau sudah melupakan ku??
adakah aku tidak lagi bermakna buat mu??
tidak kah kau tahu
hati kecilku amat merindui mu
hancurnya hatiku bila memikirkan
cinta & sayangmu tidak sekuat
cinta & sayang ku terhadap mu
airmata terus menemani ku
aku tidak dpt menerima kau telah hilang dari hidupku
mana hendak ku buang cinta ini?
mana hendak ku buang kasih ku ini?
mana hendak ku buang sayang ku ini?
mana hendak ku buang semua kenangan kita?
sedih nya hatiku tiada siapa yg tahu

dalam ku cuba melupaikan mu
dia terus mencuba untuk medapatkan cintaku
dia bagi aku ruang
dia bagi aku waktu
dia bagi aku harapan
dia bagi aku kekuatan
dia bagi aku perhatian
dia bagi aku kasih sayang
dia bagi aku impian
yang tidak pernah aku dpt drpd kau
dia juga berikan aku cinta
tapi cinta & hati ku masih pada kau
hanya Allah yg Maha Mengetahui segalanya
betapa pedihnya hati ku

kawan2 menasihatku utk melupakan cinta kau
terima cinta dia yg terbaik buat diri ku
sungguh sukar bg diri ku membuat keputusan
aku berfikir & terus berfikir
berbekalkan doa pada yg Esa
aku harap aku dapat sedikit petunjuk
Alhamdulillah...
kau ku lupa, dia ku terima
dgn harapan cahaya kegembiraan
akan datang padaku.. InsyaAllah
walau pun perit, ku telan jua
mengenangkan tiada lagi cinta dari kau
ku harus teruskan jua hari2 ku tanpa mu
mungkin apa yg terjadi
ada hikmah sebaliknya
Alhamdulillah
dia buat aku gembira
hanya tawa yg ku kenali sejak mengenal dia
jika airmata yg hadir,
hanyalah airmata kegembiraan
setiap bahagia yg dia beri
akan ku tanya pada diri ku,
adakah aku berhak atas kebahagiaan ini
bila persoalan ini muncul,
hubungan kami bagai dilanda ombak kecil
aku menjauhkan diri drpd dia
bersikap dingin terhadap dia
aku takut..
aku takut...
kalau2 aku hanya mempergunakan dia
utk melupakan kau
aku sering merasakan,
aku sudah tersilap langkah
aku tidak patut menerima dia
padahal aku tahu aku belum bersedia
sekaranng, aku juga yg sakit
sedih seorang diri
namun....
dia tetap bersama aku
menemani hari2 aku
membantu aku melupakan kau
setiap tangisku di berinya tawa
kehadirannya amat menyenangkan
aku selesa dengan dia
aku tidak lagi takut
dia selalu berkata
dia menyayangi ku sepenuh hati
dia tidak akan meninggalkan ku
dia akan sentiasa ada utk aku
dia menerima aku seadanya
bagi dia aku berhak di atas setiap kasih,
sayang & cintanya terhadap ku

namun....
aku tidak jua serik2
aku masih berharap
aku mahu pastikan kau benar2 tiada lagi untukku
kau ku cari, ku luahkan semua yang terbuku
1000 kali terkilan & kecewa
bodohnya aku
kau memang bukan untuk ku
kau menyalahkan ku
kata-kata kau...
kau tidak lagi menyintai ku
kini, ku pasti
sekuat mana aku cuba pertahankan cintaku padamu
tiada lagi cinta itu
kau telah pun melupakan ku
dulu...ku pernah menyintaimu
kini...kau adalah kenangan bagi ku


buat dia yg mencintaiku
ku mohon maaf jika aku mengecewakan mu
maafkan aku krn mengabaikan perasaan mu
namun ketahuilah
apa yg aku lakukan,
adalah sebagai permulaan utk kita
melukai mu sgt menyakiti ku
ku harap,
kau izinkan aku utk memiliki cintamu
izinkan aku utk membahagiakan mu
terima kasih di atas setia mu terhadap ku
doaku sentiasa mengiringi mu



No comments:

Post a Comment

myTaG

ABAH (1) ADAM (2) ADMIRER (1) ADVICE (5) AFF SUZUKI (2) AGAMA (13) AIDILFITRI (1) ALHAMDULILLAH (5) ALLAH (11) ANNOYING (1) ARTIST (6) BEAUTY (2) BENCANA (1) BEST (3) BFF (6) BIG (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (6) BISNES (2) BLOGGER (4) BLOGWALKING (2) BLOUSE (1) BOLA (2) BULLY (1) BURDEN (1) BUS (2) BUSINESS (1) CANCER (1) CANTIK (3) CARE (2) CELEBRATION (2) CHOICE (5) CINTA (4) COMEL (2) CONCERN (3) CONGRATS (2) COUPON (1) COUSIN (2) CRIME (1) CRY (6) CUTE (3) CYBERSECURITY (1) DEMI LOVATO (1) DESPRATE (1) DESTINY (3) DISSAPOINTED (1) DOA (3) DOUBT (1) DRAMA (2) EAT (2) ENTERTAINMENT (1) ETIKA (1) EXAM (4) EXERCISE (1) FACE (2) FAITH (2) FAKE (2) FAMILY (32) FAMLY (1) FAT (1) FAVORITE (1) FEELING (7) FELINNA BEAUTY (1) FIFA (2) FINAL (1) FIX (2) FOOD (8) FORGIVE (1) FREE (2) FRIEND (12) FTMK (1) FUN (1) GADGET (2) GAME (1) GASTRIK (2) GEMUK (2) GILA (1) GIVEAWAY (2) GSC AEON Bandaraya Melaka (1) GUIDE (1) GUNUNG (1) HAPPINESS (1) HAPPY (7) HARAM (1) HARI RAYA (6) HATE (1) HATI (12) HAWA (5) HEART (5) HEAVY (1) HIKING (1) HOLIDAY (3) HOME (3) HOPING (2) HUNGRY (1) HURT (7) INFO (20) ISLAM (1) ISLAMIC (16) JEANS (1) JENAYAH (1) JIWA (4) JODOH (1) JOKE (2) JUDGEMENT (2) JUNIOR (1) KAHWIN (1) KAMBING (1) KARMA (1) KEK (1) KENANGAN (2) KIDS (1) KL (1) KUIH (1) KUPON (1) LAPAR (1) LAPPY (1) LAUGH (3) LELAKI (1) LIE (2) LIFE (20) LIVERPOOL (1) LOVE (32) LUCK. RINDU (2) LUNCH (2) MAAL HIJRAH (1) MAD (2) MALAYSIA (2) MCD (1) MELAKA (6) MENANGIS (1) MENU (1) MERCY (1) MERLIN (1) MISTAKE (1) MITC (1) MOONSON (1) MOTHER (2) MOVIE (1) MUFFIN (1) MUSIC VIDEO (12) MUSLIMAH (1) MYSELF (4) NASI (1) NASI CAMPUR (1) NASIHAT (1) NETWORK (1) NEW (2) NEW YEAR (1) NIGHT (1) NIKAH (1) ONE (1) OPEN HOUSE (1) OTHER (1) OVERDOSE (1) OWL (1) PAIN (2) PARIS (1) PAST (1) PC FAIR (1) PEDAS (1) PENGANTIN (1) PEOPLE (2) PERANTAU (1) PEREMPUAN (1) PESANAN (2) PHONE (2) POEM (2) PRAYER (2) PRECIOUS (1) PRESSURE (2) PRICE (1) PUASA (4) QUESTION (1) QUOTES (1) RAIN (2) RAPE (1) RASULULLAH (1) REASON (1) REGRET (1) RELATIONSHIP (2) REVENGE (1) REVISE (1) REZEKI (3) RINDU (1) ROGOL (1) ROKOK (1) ROMANCE (1) RUN (1) SABAR (2) SACRIFICE (3) SAD (5) SCREENING (1) SECURITY (1) SEDIH (2) SEGMENT (3) SELFISH (1) SEMESTER (3) SENSE (1) SENSITIVE (1) SHARE (2) SHOWROOM (2) SIGNTECH (1) SINETRON (1) SISTER (1) SLEEP (2) SMILE (5) SNAPSHOT (1) SOGO (1) SONG (1) SPANISH (1) SPECIAL (1) SPORT (5) STALKER (1) STORM (1) STRENGTH (7) STRESS (1) STUDY (6) SUNNAH (1) SUNSHINE (1) SUPER (1) SUPPORTIVE (1) SURAH (1) SWEET (2) SYARIAT (1) SYUKUR (2) TENSION (1) TERENGGANU (4) TIDUR (1) TIKCKET (1) TIRED (1) TORN (1) TRAVEL (3) TRIP (1) TV (2) UMUR (1) UNDEFINED (1) UNDERSTANDING (1) UNHAPPY (1) UTEM (6) VAMPIRE DIARIES (1) VD (1) WANITA (4) WASTED (1) WEDDING (7) WOMEN (2) WRONG (1)