Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji (bersifat bakhil, kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya (Al-Baqarah: 268) "
---> itu adalah sebahagian daripada sebuah buku yang aku sedang baca sekarang. setepek rasa kena kat diri sendiri. Ya Allah lemahnya diri ini kerana terlalu jauh fikir masa hadapan sampai satu tahap rasa susah hati, risau dan gundah gulana kerana takut akan kemiskinan, kepapaan dan kesusahan yang masih belum terjadi.
Janganlah kita mendahului sesuatu yang belum terjadi !
Masa depan akan datang dengan sendirinya !
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah An-Nahl, ayat 1:
...... sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian meminta untuk disegerakan ....
yang ain kongsikan ini hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan buku yang ain sedang baca ni, jikalah ada yang tak faham atau musykil, mohon komen untuk ain jelaskan dari apa yang ain faham daripada pembacaan ain. Mudah-mudahan apa yang ain kongsikan ini, dapat dimanfaatkan oleh mereka-mereka yang sedang dalam kesulitan, kesusahan, kemiskinan atau kesempitan saat ini. you're not alone and alien :)
till we meet again
XOXO
ain.J
No comments:
Post a Comment