blog tune

Followers

Mar 12, 2013

Alhamdulillah...

No comments:
Rasa bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah beri, tak putus putus Ain berdoa dan berterima kasih kerana Allah bantu Ain..

setiap kali syaitan cuba cucuk kan rasa sedih dan tak bersyukur dalam otak pemikiran ni, tapi Alhamdulillah, akal selalu bawa Ain sedar yang sebenarnya Ain amat beruntung dan Ain harus bersyukur..hati ini tenang kembali.

walaupun Ain seorang graduan universiti yang masih menganggur, tapi Alhamdulillah, Allah bantu Ain dalam perniagaan online, jadi walaupun status saya seorang penganggur, saya ada income sendiri untuk belanja sendiri dan bantu mak sikit sikit. Semoga Allah redha dan rezeki yang Ain dapat ni, diberkati oleh-Nya, Aamiin. (itulah apa yang Ain rasa & my positive thought that I should hold on to, In Shaa Allah)

bila syaitan laknatullah ni cuba cucuk hati Ain dengan negative thought contohnya, "kau kena keja kuat untuk dapat income tetap setiap bulan, kalau kau dah bekerja, keje biasa biasa je pun, setiap bulan confirm dapat gaji", dan lagi "kawan kawan kau semua dah bekerja, kau je duduk kat rumah, bisness online yang tak seberapa tu, apa la kau ni, tak class langsung" dan lagi..."berapa sangat lah kau boleh saving sekarang ni, nak beli itu, nak beli ini  pun kena budget"

bila kita dengar atau termakan hasutan syaitan lakmatullah ni, tak semena mena je kita boleh jadi bad mood dan tak tenang..syaitan memang tak suka bila kita tenang dan bahagia dengan pemberian-Nya sebab tu lah dia cucuk cucuk benda negative dalam hati dan otak kita, jadi, sebagai hamba Allah yang percaya dengan Qada' dan Qadar, dan percaya dengan perancangan yang Allah tetapkan untuk kita, In Shaa Allah, kita akan teeeruuuuuss KUAT dan TABAH dalam menghadapi apa jua ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita. Allah tak pernah lupakan hamba hamba-Nya, kita je selalu lupa kat Dia.

Ain harap bagi sesiapa yang senasib dengan Ain, jangan sesekali putus asa, kalau tiba tiba ada perasaan sedih dan kecewa, cepat cepat bangkit semula ye.. 

walaupun belom keje, duduk rumah je, Ain selalu pujuk dan cakap pada diri Ain sendiri, bahawa, Allah nak Ain berbakti dulu pada mak dan adik adik. Abah kan dah takda...bahagiakan mak selagi boleh dan sentiasa ada di sisi mak selagi boleh..mana la tahu, nanti Allah nak bagi rezeki keje plak tapi jauh...kena berpisah dengan mak, sebab tu lah Allah tak bagi keje lagi agaknya, sebab Allah nak Ain temankan mak, mungkin mak selalu doa supaya Ain ada untuk temankan mak kan... In Shaa Allah, only Allah knows the best.

last but not least, setiap hari, sentiasa muhasabah diri..biarkan apa orang lain nak kata, yang penting, kita tahu apa yang terbaik dan apa yang boleh menggembirakan diri kita dan juga pencipta kita.. take it slowly, step by step, don't rush into it. Ain harap, sedikit sebanyak entry ni, dapat memberi nasihat dan semangat baru untuk sesiapa yang sedih sedih tu ye.. tak yah sedih sedih lah, nanti muka cepat berkedut,hehehehehe.

Sekian.....

Etika blogging...

No comments:
tadi blogwalking, dah lama sangat tak melawat blog kawan kawan maya ni, tertarik dengan satu entry oleh abang Ben Ashaari tentang Etika Blogging...


"..Jangan ingat dalam dunia maya ni , kita boleh buat sesuka hati saja terutama di Malaysia ni ? Segalanya punya peraturan dan undang-undang yer !

Dan bagi blogger yang gemar menghina individu lain secara terbuka , tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik blog tersebut .. Maka jangan sesuka hati jer dok menjatuhkan maruah orang lain ..

Blogging ini adalah tempat untuk bertukar cerita , maklumat , pendapat mahupun ilmu .. Bagi mereka yang plan nak salahguna tu , batalkan niat saja ..

Jangan lupa .. segala tindak tanduk kita , ada ganjaran .. Dosa atau pahala .. Mampukah nak mintak maaf kat orang yang kita hina tu sedangkan kita tak kenal pon dia ??

Lebih baik , tulis apa yang kita tau saja .. Jangan memandai atau buat buat pandai …


setuju sangat dengan apa yang abang ben tulis, blogger sekarang ni bukan main lancang lagi mengomen orang tu, orang ni..ish ish ish, tak takut ke....??

pada ain, memang lah kita diberi kebebasan bercakap dan meluahkan pendapat, tapi berpada pada la ye sayang sayang semua.. jaga tutur kata, jaga bahasa kita..semua apa yang kita tulis tu adalah bukti dan melambangkan peribadi kita.

dan satu lagi, jangan semata mata nak trafik blog berdecumm naik, sanggup tulis gosip yang best best dan sesuatu yang kita sendiri tak tahu kesahihan dan kebenarannya.. sekian,hehe.

Mar 5, 2013

Tips Pengambilan VCOA Treenea yang BETUL

No comments:
Treenea VCO Antioxcidants

MAKAN / AMBIL supplement (VCOA) selepas breakfast atau sarapan pagi dan waktu malam(sebelum tidur) pada jam 10 malam

KERANA?? Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit slow atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan supplement (VCOA) bertindak dan bekerja dalam badan kita.

ELAKKAN pengambilan supplement (VCOA) pada waktu tengahari kerana pada masa ini sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

ELAKKAN juga pengambilan supplement (VCOA) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku/kurang kerana supplement yang kita makan akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

NAK KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur portion atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan VCOA akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolism meningkat.  Jika anda rasa selepas pengambilan VCOA anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak , LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.

PALING PENTING SEKALI . Pastikan anda minum air kosong dengan cukup sekurang2nya 3 litersehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa.

myTaG

ABAH (1) ADAM (2) ADMIRER (1) ADVICE (5) AFF SUZUKI (2) AGAMA (13) AIDILFITRI (1) ALHAMDULILLAH (5) ALLAH (11) ANNOYING (1) ARTIST (6) BEAUTY (2) BENCANA (1) BEST (3) BFF (6) BIG (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (6) BISNES (2) BLOGGER (4) BLOGWALKING (2) BLOUSE (1) BOLA (2) BULLY (1) BURDEN (1) BUS (2) BUSINESS (1) CANCER (1) CANTIK (3) CARE (2) CELEBRATION (2) CHOICE (5) CINTA (4) COMEL (2) CONCERN (3) CONGRATS (2) COUPON (1) COUSIN (2) CRIME (1) CRY (6) CUTE (3) CYBERSECURITY (1) DEMI LOVATO (1) DESPRATE (1) DESTINY (3) DISSAPOINTED (1) DOA (3) DOUBT (1) DRAMA (2) EAT (2) ENTERTAINMENT (1) ETIKA (1) EXAM (4) EXERCISE (1) FACE (2) FAITH (2) FAKE (2) FAMILY (32) FAMLY (1) FAT (1) FAVORITE (1) FEELING (7) FELINNA BEAUTY (1) FIFA (2) FINAL (1) FIX (2) FOOD (8) FORGIVE (1) FREE (2) FRIEND (12) FTMK (1) FUN (1) GADGET (2) GAME (1) GASTRIK (2) GEMUK (2) GILA (1) GIVEAWAY (2) GSC AEON Bandaraya Melaka (1) GUIDE (1) GUNUNG (1) HAPPINESS (1) HAPPY (7) HARAM (1) HARI RAYA (6) HATE (1) HATI (12) HAWA (5) HEART (5) HEAVY (1) HIKING (1) HOLIDAY (3) HOME (3) HOPING (2) HUNGRY (1) HURT (7) INFO (20) ISLAM (1) ISLAMIC (16) JEANS (1) JENAYAH (1) JIWA (4) JODOH (1) JOKE (2) JUDGEMENT (2) JUNIOR (1) KAHWIN (1) KAMBING (1) KARMA (1) KEK (1) KENANGAN (2) KIDS (1) KL (1) KUIH (1) KUPON (1) LAPAR (1) LAPPY (1) LAUGH (3) LELAKI (1) LIE (2) LIFE (20) LIVERPOOL (1) LOVE (32) LUCK. RINDU (2) LUNCH (2) MAAL HIJRAH (1) MAD (2) MALAYSIA (2) MCD (1) MELAKA (6) MENANGIS (1) MENU (1) MERCY (1) MERLIN (1) MISTAKE (1) MITC (1) MOONSON (1) MOTHER (2) MOVIE (1) MUFFIN (1) MUSIC VIDEO (12) MUSLIMAH (1) MYSELF (4) NASI (1) NASI CAMPUR (1) NASIHAT (1) NETWORK (1) NEW (2) NEW YEAR (1) NIGHT (1) NIKAH (1) ONE (1) OPEN HOUSE (1) OTHER (1) OVERDOSE (1) OWL (1) PAIN (2) PARIS (1) PAST (1) PC FAIR (1) PEDAS (1) PENGANTIN (1) PEOPLE (2) PERANTAU (1) PEREMPUAN (1) PESANAN (2) PHONE (2) POEM (2) PRAYER (2) PRECIOUS (1) PRESSURE (2) PRICE (1) PUASA (4) QUESTION (1) QUOTES (1) RAIN (2) RAPE (1) RASULULLAH (1) REASON (1) REGRET (1) RELATIONSHIP (2) REVENGE (1) REVISE (1) REZEKI (3) RINDU (1) ROGOL (1) ROKOK (1) ROMANCE (1) RUN (1) SABAR (2) SACRIFICE (3) SAD (5) SCREENING (1) SECURITY (1) SEDIH (2) SEGMENT (3) SELFISH (1) SEMESTER (3) SENSE (1) SENSITIVE (1) SHARE (2) SHOWROOM (2) SIGNTECH (1) SINETRON (1) SISTER (1) SLEEP (2) SMILE (5) SNAPSHOT (1) SOGO (1) SONG (1) SPANISH (1) SPECIAL (1) SPORT (5) STALKER (1) STORM (1) STRENGTH (7) STRESS (1) STUDY (6) SUNNAH (1) SUNSHINE (1) SUPER (1) SUPPORTIVE (1) SURAH (1) SWEET (2) SYARIAT (1) SYUKUR (2) TENSION (1) TERENGGANU (4) TIDUR (1) TIKCKET (1) TIRED (1) TORN (1) TRAVEL (3) TRIP (1) TV (2) UMUR (1) UNDEFINED (1) UNDERSTANDING (1) UNHAPPY (1) UTEM (6) VAMPIRE DIARIES (1) VD (1) WANITA (4) WASTED (1) WEDDING (7) WOMEN (2) WRONG (1)