blog tune

Followers

Showing posts with label HAWA. Show all posts
Showing posts with label HAWA. Show all posts

Sep 28, 2010

24 Ciri2 SeseORANG yg MenCINTAi kamu

No comments:

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

that's what I felt now,,, =))

Sumber:tentangcinta.com



Sep 17, 2010

my weakness is that I care too much !!!

No comments:

Assalamualaikum...
hmmm,,,talking about my last status@facebook.. "my weakness is that I care too much!!!"
sape x suka kan klau ada org care tentang diri kita??
kesihatan kita.. kemudahan kita.. kesusahan kita.. kesedihan kita..
pendek kata,,semua la..
of coz kita akan rasa terharu & rasa dihargai..
apatah lagi bg kaum yg bergelar HAWA, ISTERI, IBU dll..
so,,,when I said my weakness is that I care too much, what I mean is, too concern
actually x salah utk bersikap ambil berat sesama kita tp dlm kes aku ni, kdg2 ia menjadi satu masalah,,aku sendiri pun xfaham.. setiap niat baik aku utk mbantu @ menjadi prihatin, selalu disalah ertikan, disalah tafsirkan..so guys,,I don't even know what should I do regarding this matter..
should I act cold?
should I ignore about others?
should I not be concern anymore?
or should I be selfish?
uurgghhh, I really don't know what to do..
help me guys,,,give ur opinion or suggestion..!!!!



Sep 15, 2010

saya nak jadi 'CANTIK'

No comments:

Assalamualaikum,,,hye guys..mcm biasa, hope u all doing fine & happy always k,,, haa,,, pasal entry
" saya nak jadi 'CANTIK' " ni..korang jgn salah faham plak,, bukan la nk 'cantik' mksud aku CUN, JELITA, MENAWAN dsb nya tu,,,'CANTIK' yg aku maksudkn skrg adalah bercantik2 dlm menutup AURAT,,, bg aku, bab2 pemakaian ni selalu menjadi dilema gurl2 skrg, termasuklah diri aku sendiri....yg menjadi dilema yg aku mksudkan td, gurl2 skrg xnk dilihat @ memikirkan apa org lain akan ckp.. mesti la korg xnk org kata "ish,,,selekeh la dia ni..knpe dia pkai mcm tu?? x sesuai lngsung" hal2 mcm ni la kdg2 buat gurl2 skrg begitu mementingkn penampilan & kdg2 mengabaikan perkara 'AURAT' ni...termasuk la diri aku sendiri..sbg Islam yg baik, kita xleh mcm tu sbnarnya.. WANITA bukan shj dijadikan CANTIK ttp suka dipandang cantik, itu lumrahnya.. so guys,,aku nk share sket apa yg aku tahu & apa yg aku baca....

ISLAM satu2nya cara hidup yg serba lengkap pasti mpunyai cara kawalan & pengaturan utk memelihara maruah & kehormatan wanita. Seperti sabda Rasulullah "Wanita itu adalah aurat yang tertutup" (Riwayat Tirmidzi) Ulama berpendapat, bhwa sgala yg kelihatan dr wanita itu adalah aurat. Perkataan 'aurat' tu sebenarnya bermksud 'keaiban'..sbb tu la kita di suruh menutup aurat kerana aurat itu adalah keaiban kita..takkan la kita suka nk tunjuk keaiban kita kt org kan?? Semua ni juga di susuli dgn iman..of coz la, tnpa iman yg cukup,, ia amat berat utk diterima & dilaksanakan dlm kehidupan seharian..btul jugak bila ada sesetengah gurl2 ckp, " buatpe nt tutup aurat klau x ikhlas, buat sbb terpksa x dpt phala jgk." ya...memg betul..tp dlm masa yg sama, kita juga harus muhasabah & kenang sejenak..kita di dunia ni tak lama, klau kita ckp "ala,,nt smpai masa aku taubat la.." Allah itu Maha Berkuasa..bila2 masa je Dia boleh amik nyawa kita jika Dia berkehendak..kita sbg hambaNya yg lemah ni, xdpt nk buat apa2.. keseronokan & keindahan di dunia ni sementara jer..

Keuntungan Menutup Aurat

Selain perintah menutup aurat, ayat Al- Ahzab:59 turut menyatakan hikmah mengapa didatangkan hukum, iaitu utk memelihara maruah wanita & menjadi perisai menyelamatkan mereka drpd gangguan manusia. Sebabnya ialah dgn berpakaian menutup aurat yg sempurna, wanita akan mperoleh tiga keuntungan iaitu:

PERTAMA:
sbg penghormatan kpd mereka yg dikenal sbg wanita yg mulia & baik2. Justeru kerana itu mereka tidak diganggu oleh manusia yg fasik.

KEDUA:
kecantikan & keindahan tubuh mereka akn terlindung drpd mencetuskan keinginan jahat dlm hati org yg berpenyakit hatinya dan menghindari perbuatan jahat drpd berlaku ke ats mereka.

KETIGA:
dgn menutup tubuh mereka, wanita mendpt kekuatan dalaman utk menahan diri sendiri drpd melakukan perbuatan dosa & maksiat.

** ni baru cakap pasal aurat, blum lg pasal gurl2 yg ubah ciptaan Allah, sprt mencukur alis mata ataupun menggunakan susuk, botox dsb...smue tu berkait dgn kecantikan yg gurl2 mahukan..so i guess, smua dh besar & dan boleh fkir buruk baiknya...termasuklah aku,,so drpd entry ni, sama2 la kita amek pengajaran & muhasabah diri kita..sedarlah yg kita ni ummat akhir zaman & hari pembalasan itu takkan terlepas dr setiap hambaNya...entry ni juga utk mengingatkan diri aku sendiri atas tanggungjawab aku sbg Muslimah.... sekurang2nya aku cuba utk berubah & sentiasa menerima nasihat yg diberikan terhadap aku.. nk berubah memg x mudah tp cuba k,,,,insyaAllah...Allah akan sentiasa akan tolong hambaNya yg nak berubah... disamping tu, selain menutup aurat, solat 5 waktu pun kena jaga jgk taw,, tiang agama kot,,,,hehehhee...ok la,,,smpai sini dlu k..Wassalam..
Sumber: ANIS 2009 by Roslan Kassim
p/s: sebarang pendapat & teguran amat di alu2kan di ruangan komen.tq.


Sep 14, 2010

dari Kaum HAWA utk Kaum ADAM

No comments:
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

** mana2 isteri pun, pasti ingin menjadi makmun suaminya,,aminkan setiap doa daripada suaminya & mana2 suami juga ingin makan masakan air tangan isterinya,,,so...sama2 la saling memberi & bertolak ansur,,,jgn taw kutuk jerr,,,hahahahha ( shared by Naj Ichimaru Skn )


Aug 31, 2010

airmata wanita~~~

No comments:
"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".


myTaG

ABAH (1) ADAM (2) ADMIRER (1) ADVICE (5) AFF SUZUKI (2) AGAMA (13) AIDILFITRI (1) ALHAMDULILLAH (5) ALLAH (11) ANNOYING (1) ARTIST (6) BEAUTY (2) BENCANA (1) BEST (3) BFF (6) BIG (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (6) BISNES (2) BLOGGER (4) BLOGWALKING (2) BLOUSE (1) BOLA (2) BULLY (1) BURDEN (1) BUS (2) BUSINESS (1) CANCER (1) CANTIK (3) CARE (2) CELEBRATION (2) CHOICE (5) CINTA (4) COMEL (2) CONCERN (3) CONGRATS (2) COUPON (1) COUSIN (2) CRIME (1) CRY (6) CUTE (3) CYBERSECURITY (1) DEMI LOVATO (1) DESPRATE (1) DESTINY (3) DISSAPOINTED (1) DOA (3) DOUBT (1) DRAMA (2) EAT (2) ENTERTAINMENT (1) ETIKA (1) EXAM (4) EXERCISE (1) FACE (2) FAITH (2) FAKE (2) FAMILY (32) FAMLY (1) FAT (1) FAVORITE (1) FEELING (7) FELINNA BEAUTY (1) FIFA (2) FINAL (1) FIX (2) FOOD (8) FORGIVE (1) FREE (2) FRIEND (12) FTMK (1) FUN (1) GADGET (2) GAME (1) GASTRIK (2) GEMUK (2) GILA (1) GIVEAWAY (2) GSC AEON Bandaraya Melaka (1) GUIDE (1) GUNUNG (1) HAPPINESS (1) HAPPY (7) HARAM (1) HARI RAYA (6) HATE (1) HATI (12) HAWA (5) HEART (5) HEAVY (1) HIKING (1) HOLIDAY (3) HOME (3) HOPING (2) HUNGRY (1) HURT (7) INFO (20) ISLAM (1) ISLAMIC (16) JEANS (1) JENAYAH (1) JIWA (4) JODOH (1) JOKE (2) JUDGEMENT (2) JUNIOR (1) KAHWIN (1) KAMBING (1) KARMA (1) KEK (1) KENANGAN (2) KIDS (1) KL (1) KUIH (1) KUPON (1) LAPAR (1) LAPPY (1) LAUGH (3) LELAKI (1) LIE (2) LIFE (20) LIVERPOOL (1) LOVE (32) LUCK. RINDU (2) LUNCH (2) MAAL HIJRAH (1) MAD (2) MALAYSIA (2) MCD (1) MELAKA (6) MENANGIS (1) MENU (1) MERCY (1) MERLIN (1) MISTAKE (1) MITC (1) MOONSON (1) MOTHER (2) MOVIE (1) MUFFIN (1) MUSIC VIDEO (12) MUSLIMAH (1) MYSELF (4) NASI (1) NASI CAMPUR (1) NASIHAT (1) NETWORK (1) NEW (2) NEW YEAR (1) NIGHT (1) NIKAH (1) ONE (1) OPEN HOUSE (1) OTHER (1) OVERDOSE (1) OWL (1) PAIN (2) PARIS (1) PAST (1) PC FAIR (1) PEDAS (1) PENGANTIN (1) PEOPLE (2) PERANTAU (1) PEREMPUAN (1) PESANAN (2) PHONE (2) POEM (2) PRAYER (2) PRECIOUS (1) PRESSURE (2) PRICE (1) PUASA (4) QUESTION (1) QUOTES (1) RAIN (2) RAPE (1) RASULULLAH (1) REASON (1) REGRET (1) RELATIONSHIP (2) REVENGE (1) REVISE (1) REZEKI (3) RINDU (1) ROGOL (1) ROKOK (1) ROMANCE (1) RUN (1) SABAR (2) SACRIFICE (3) SAD (5) SCREENING (1) SECURITY (1) SEDIH (2) SEGMENT (3) SELFISH (1) SEMESTER (3) SENSE (1) SENSITIVE (1) SHARE (2) SHOWROOM (2) SIGNTECH (1) SINETRON (1) SISTER (1) SLEEP (2) SMILE (5) SNAPSHOT (1) SOGO (1) SONG (1) SPANISH (1) SPECIAL (1) SPORT (5) STALKER (1) STORM (1) STRENGTH (7) STRESS (1) STUDY (6) SUNNAH (1) SUNSHINE (1) SUPER (1) SUPPORTIVE (1) SURAH (1) SWEET (2) SYARIAT (1) SYUKUR (2) TENSION (1) TERENGGANU (4) TIDUR (1) TIKCKET (1) TIRED (1) TORN (1) TRAVEL (3) TRIP (1) TV (2) UMUR (1) UNDEFINED (1) UNDERSTANDING (1) UNHAPPY (1) UTEM (6) VAMPIRE DIARIES (1) VD (1) WANITA (4) WASTED (1) WEDDING (7) WOMEN (2) WRONG (1)