blog tune

Followers

Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Apr 29, 2014

check out this video if you are getting marriage !

No comments:
Assalamualaikum everyone, 

ain jumpa dua video ini daripada perkongsian satu page di facebook

kepada yang bakal bernikah
pesanan ini untuk anda :)
don't take it lightly !


Semoga rumahtangga yang ingin dibina mendapat redha Allah bermula dari majlis yang syar'ie :)



untuk bakal pengantin lelaki


https://www.facebook.com/photo.php?v=655962067759913



untuk bakal pengantin perempuan


https://www.facebook.com/photo.php?v=658338934188893




till we meet again

XOXO
ain.J

Apr 22, 2014

setepek kat diri sendiri, Allah ....

No comments:
" Dalam syariat, memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib, dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru diduga darinya, adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Kerana, hal itu termasuk thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Sesungguhnya tindakan itu pun tidak masuk aqal, kerana sama hanya dengan berusaha perang melawan bayang-bayang. Namun kebanyakan manusia di dunia ini justeru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka. Padahal, semua itu hanyalah sebahagian dari kurikulum yang diajarkan di "sekolah-sekolah syaitan".

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji (bersifat bakhil, kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya (Al-Baqarah: 268)
"

---> itu adalah sebahagian daripada sebuah buku yang aku sedang baca sekarang. setepek rasa kena kat diri sendiri. Ya Allah lemahnya diri ini kerana terlalu jauh fikir masa hadapan sampai satu tahap rasa susah hati, risau dan gundah gulana kerana takut akan kemiskinan, kepapaan dan kesusahan yang masih belum terjadi.

Janganlah kita mendahului sesuatu yang belum terjadi !

Masa depan akan datang dengan sendirinya !

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah An-Nahl, ayat 1:

...... sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian meminta untuk disegerakan ....


yang ain kongsikan ini hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan buku yang ain sedang baca ni, jikalah ada yang tak faham atau musykil, mohon komen untuk ain jelaskan dari apa yang ain faham daripada pembacaan ain. Mudah-mudahan apa yang ain kongsikan ini, dapat dimanfaatkan oleh mereka-mereka yang sedang dalam kesulitan, kesusahan, kemiskinan atau kesempitan saat ini. you're not alone and alien :)

till we meet again 
XOXO
ain.J


Dec 21, 2013

Akal dan Hati yang berbalah

No comments:
Kadangkala aku tersangat rapuh dalam menempuhi perjalanan...
Kadangkala aku merasakan ingin pergi jauh dari tempat yang aku duduki tika ini...
Ke satu tempat yang tiada siapa mengenali diriku...
Ke satu tempat yg hanya ada ketenangan dari Allah sahaja...

Namun,itu bukanlah rancangan dari Allah untukku...
Dia mahu aku tetap kuat dan cekal dalam menempuhi perjalanan ini...
Allah...Allah...Allah... La Tahzan Robbuna Ma ana
La Tahzan Robbuna Ma ana
Tuhanku adalah Allah...
Guruku adalah Rasullullah...
Peganganku adalah Al-Quran...

Ya Allah
akal dan hati aku sering kali berbalah
akal memikirkan sesuatu yang hati aku tidak senang
hati  pula mahukan apa yang akal aku tidak mahu

Ya Allah
Kau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
Kau Maha Kuasa sedangkan aku tiada kuasa
Kau Maha Kaya sedangkan aku tidak punya apa-apa

Kepercayaan ku, pada takdir-Mu
tidak pernah berbelah bahagi
Engkau penentu segala, pasti !

berilah aku ketabahan dan kekuatan hati
di dalam setiap ujian dan dugaan yang Engkau utuskan buat ku
sesungguhnya aku insan lemah lagi hina
kasihanilah aku ya Allah...

Sep 16, 2013

and the end of the day (akhirnya)....

No comments:
"Akhirnya...
aku cuma mahu jadi orang biasa
masak makanan kegemaran kita
sterika baju kau sebelum pergi kerja
mandi dan susukan cinta hati kita
tidur beralas lengan kamu sampai bila-bila"

Namun...
ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh
kita lemparkan ke hujung dunia
kita hapuskan dari minda dan ingatan
bukan kerana kita membenci
tetapi kerana menyedari jika kita mengingatinya
hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan jika terus menyimpannya
hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan

bukan membenci, bukan berputus asa
cuma sedar dan faham
ada sesetengah perkara
memang bukan hak kita

menjauhi bukanlah bermakna membenci
cuma untuk mengelakkan hati dari terus terguris dan disakiti


Tidak Semestinya Apa Yang Kita Suka Baik Untuk Kita, Begitu Juga Dengan Apa Yang Kita Tak Suka Adalah Buruk Untuk Kita. Hidup Sentiasa Menjanjikan Sesuatu Yang Luar Jangkaan. Luar Batasan Akal. Yang Pasti Hidup Sentiasa Berdepan Dengan Cabaran Yang Bukan Sedikit. Cabaran Itulah Yang Buat Kita Lemah. Dan Dari Lemah Kita Perlahan-lahan Mendaki Kekuatan.

Walaupun Dengan Tangisan Tidak Mampu Menyelesaikan Apa-apa Masalah Tapi Kadangkala Air Mata Yang Jatuh Itu Membuat Kita Cukup Kuat Untuk Bangkit Kembali.

Jul 21, 2013

Kalau Abah Masih Ada..

No comments:
laju air mata ini turun membasahi pipi
rindu yang tak terucap
sayu dan sebak

ini adalah Ramadhan tahun kedua tanpa Abah di sisi
terasa seperti baru semalam peluk cium Abah

saat-saat begini, dalam hidupku sekarang, aku selalu terfikir, kalaulah Abah masih ada..pasti banyak perkata berbeza. I just missed him so much. Dia lah peneman setia dan penyokong setia apa jua aku lakukan. Tidak pernah memaksa, selalu faham akan jiwa anakandanya seorang ini. He's so supportive and understand me well even before I could say it. He is the best, no one can ever replace him in my heart. He hate to see sadness in my eyes, he will try his best to see that I got shimmers in my eyes.

walaupun kadang kadang Abah garang dan tegas, tapi sebenarnya, dia seorang yang sangat lembut hatinya. Mak dan Abah mungkin karakter sedikit berbeza tapi mereka berdua sama sama mempunyai hati yang sangat lembut. Kind and Warm. Kalau dulu, kalau aku buntu untuk buat sesuatu keputusan, Abah la penyelamatku, he's my hero. He knows what I want and always encourage me to do what I like, how hard it will take, never give up. Trust in your guts and believe in yourself..

terlalu banyak perkara yang membina diri aku hari ini adalah kerana sikap, terguran, kasih sayang dan contoh daripada Abah kepada kami sekeluarga. Don't rush into something that you not sure to go for it, take your time, don't forget to Do'a to Allah and ask for Him to help you figure it out, still ringing in my head everything that Abah told me..masih aku ingat, semasa aku diperantauan untuk menuntut ilmu, Abah selalu SMS, pesan itu, pesan ini, taknak aku alpa dan leka, rindu sangat pada semua nasihat nasihat Abah.

Abah...datanglah sekejap dalam mimpi anakandamu ini, akak rindu pada wajah suci Abah, pada senyum manis Abah.. Al- Fatihah.

Mar 12, 2013

Alhamdulillah...

No comments:
Rasa bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah beri, tak putus putus Ain berdoa dan berterima kasih kerana Allah bantu Ain..

setiap kali syaitan cuba cucuk kan rasa sedih dan tak bersyukur dalam otak pemikiran ni, tapi Alhamdulillah, akal selalu bawa Ain sedar yang sebenarnya Ain amat beruntung dan Ain harus bersyukur..hati ini tenang kembali.

walaupun Ain seorang graduan universiti yang masih menganggur, tapi Alhamdulillah, Allah bantu Ain dalam perniagaan online, jadi walaupun status saya seorang penganggur, saya ada income sendiri untuk belanja sendiri dan bantu mak sikit sikit. Semoga Allah redha dan rezeki yang Ain dapat ni, diberkati oleh-Nya, Aamiin. (itulah apa yang Ain rasa & my positive thought that I should hold on to, In Shaa Allah)

bila syaitan laknatullah ni cuba cucuk hati Ain dengan negative thought contohnya, "kau kena keja kuat untuk dapat income tetap setiap bulan, kalau kau dah bekerja, keje biasa biasa je pun, setiap bulan confirm dapat gaji", dan lagi "kawan kawan kau semua dah bekerja, kau je duduk kat rumah, bisness online yang tak seberapa tu, apa la kau ni, tak class langsung" dan lagi..."berapa sangat lah kau boleh saving sekarang ni, nak beli itu, nak beli ini  pun kena budget"

bila kita dengar atau termakan hasutan syaitan lakmatullah ni, tak semena mena je kita boleh jadi bad mood dan tak tenang..syaitan memang tak suka bila kita tenang dan bahagia dengan pemberian-Nya sebab tu lah dia cucuk cucuk benda negative dalam hati dan otak kita, jadi, sebagai hamba Allah yang percaya dengan Qada' dan Qadar, dan percaya dengan perancangan yang Allah tetapkan untuk kita, In Shaa Allah, kita akan teeeruuuuuss KUAT dan TABAH dalam menghadapi apa jua ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita. Allah tak pernah lupakan hamba hamba-Nya, kita je selalu lupa kat Dia.

Ain harap bagi sesiapa yang senasib dengan Ain, jangan sesekali putus asa, kalau tiba tiba ada perasaan sedih dan kecewa, cepat cepat bangkit semula ye.. 

walaupun belom keje, duduk rumah je, Ain selalu pujuk dan cakap pada diri Ain sendiri, bahawa, Allah nak Ain berbakti dulu pada mak dan adik adik. Abah kan dah takda...bahagiakan mak selagi boleh dan sentiasa ada di sisi mak selagi boleh..mana la tahu, nanti Allah nak bagi rezeki keje plak tapi jauh...kena berpisah dengan mak, sebab tu lah Allah tak bagi keje lagi agaknya, sebab Allah nak Ain temankan mak, mungkin mak selalu doa supaya Ain ada untuk temankan mak kan... In Shaa Allah, only Allah knows the best.

last but not least, setiap hari, sentiasa muhasabah diri..biarkan apa orang lain nak kata, yang penting, kita tahu apa yang terbaik dan apa yang boleh menggembirakan diri kita dan juga pencipta kita.. take it slowly, step by step, don't rush into it. Ain harap, sedikit sebanyak entry ni, dapat memberi nasihat dan semangat baru untuk sesiapa yang sedih sedih tu ye.. tak yah sedih sedih lah, nanti muka cepat berkedut,hehehehehe.

Sekian.....

Sep 26, 2012

10 PERMINTAAN SYAITAN

No comments:
Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa saja?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syaitan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa saja?

Syaitan :

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikkan dan menggoda. Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.

wallahu'alam.

Nov 7, 2010

Surah2 yang BERKAT

No comments:

Sabda Rasulullah SAW yg bermksud~ 10 perkara yg dapat 1o perkara:

1. Surah AL-FATIHAH akan mencegah drpd kemurkaan Allah.
2. Surah YASIN akan mencegah drpd kehausan pd Hari Kiamat.
3.. Surah AD-DUKHAN akan mencegah drpd ketakutan pd Hari Kiamat.
4. Surah AL-WAQIAH akan mencegah drpd kekafiran.
5. Surah AL-MULK akan mencegah drpd seksa kubur.
6. Surah AL-KAUTSAR akan mencegah drpd permusuhan.
7. Surah AL-KAFIRUN akan mencegah drpd kekufuran ketika dicabut roh.
8. Surah AL-IKHLAS akan mencegah drpd kemunafikan.
9. Surah AL-FALAQ akan mencegah drpd perbuatan hasad bg org yg suka berhasad dengki.
10. Surah AN-NAS akan mencegah drpd was-was.

BACALAH Surah Yasin (wajib bertajwid & mengikut adabnya)

Rasulullah SAW telah bersabda:"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan"

1. Apabila org lapar membaca surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika org tiada pakaian, boleh mendapat pakaian.
3. Jika org belum berkahwin, akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan, boleh hilangkan perasaan takut.
5. Jika terpenjara/terperangkap, akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yg dilihatnya.
7. Jika tersesat, blh smpai ke tmpt yg ditujuinya.
8. JIka dibacakan kpd org yg telah meninggal dunia, Allah ringankan siksanya.
9. Jika org yg dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kpd org yg sakit, terhindar drpd penyakitnya.

11. Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya setiap sesuatu mpunyai hati & hati bg Al-Quran adalah surah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin nescaya Allah menuliskan pahalanya sprt pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah SAW lagi:"Apabila datang ajal org yg suka membaca surah Yasin, pd setiap hari, turunlah bbrpa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mrk berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan & turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa org yg suka membaca surah Yasin sehingga datang Malaikat Redwan dr syurga membawa minuman utknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dgn rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambbil.

14. Rasulullah SAW bersabda selanjutnya:"Sesiapa bersembahyang sunat 2 rakaat pd malam Jumaat, dibaca pd rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pd hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 org drpd ahli rumahnya tetapi sesiapa meragui keterangan ini, dia dalah orang2 yg munafik.

HOW to use the Surah AL-FATIHAH

1. To make someone (your HUSBAND,you CHILDREN) think of you all the time - Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases - Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill - Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning & once at night, everydat without fail.

4. When in extreme pain - Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it. Then read Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time - Read Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury: eg: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door - Read Al-Fatihah 3 or 7 times, using ur thumb, take ur saliva from the 'lelangit' of ur mouth and rub in onto the injured area.

ALL of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
- Believe that the Al-Fatihah is the best 'penawar' for everything
- Read it with full 'Khusyuk'
- TAWAKAL to Allah
- Use it with GOOD intentions (niat)

Bagi yg berhajat : seperti : Percepatkan jodoh, Memanjangkan jodoh, Dikurniakan cahaya mata, Sembuhkan penyakit, Elakkan dr malapetaka, Diampunkan dosa dsb..

- Dilakukan pd hari jumaat slps solat Asar sehinggalah masuk waktu Maghrib.
- Duduk mengadap kiblat.
- Lakukan dgn khusyuk * yakin yg Allah akan mbantu kita.
- Bacalah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah.. berulang2 kali sepanjang kita duduk slps solat Asar hingga masuk waktu Maghrib.
- Masuk shja wktu Maghrib, 'Allahuakbar' yg pertama dilaungkan, teruslah angkat tangan berdoa kpd Allah yg Maha Berkuasa dgn apa yg dihajati.
- Buat sebanyak 3 Jumaat berturut2...insyaAllah..

SABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"






Nov 3, 2010

9 Mimpi Rasulullah

No comments:

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"




Oct 10, 2010

HAJI in 1953

No comments:














Ayatul KURSI

No comments:


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

• Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."





myTaG

ABAH (1) ADAM (2) ADMIRER (1) ADVICE (5) AFF SUZUKI (2) AGAMA (13) AIDILFITRI (1) ALHAMDULILLAH (5) ALLAH (11) ANNOYING (1) ARTIST (6) BEAUTY (2) BENCANA (1) BEST (3) BFF (6) BIG (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (6) BISNES (2) BLOGGER (4) BLOGWALKING (2) BLOUSE (1) BOLA (2) BULLY (1) BURDEN (1) BUS (2) BUSINESS (1) CANCER (1) CANTIK (3) CARE (2) CELEBRATION (2) CHOICE (5) CINTA (4) COMEL (2) CONCERN (3) CONGRATS (2) COUPON (1) COUSIN (2) CRIME (1) CRY (6) CUTE (3) CYBERSECURITY (1) DEMI LOVATO (1) DESPRATE (1) DESTINY (3) DISSAPOINTED (1) DOA (3) DOUBT (1) DRAMA (2) EAT (2) ENTERTAINMENT (1) ETIKA (1) EXAM (4) EXERCISE (1) FACE (2) FAITH (2) FAKE (2) FAMILY (32) FAMLY (1) FAT (1) FAVORITE (1) FEELING (7) FELINNA BEAUTY (1) FIFA (2) FINAL (1) FIX (2) FOOD (8) FORGIVE (1) FREE (2) FRIEND (12) FTMK (1) FUN (1) GADGET (2) GAME (1) GASTRIK (2) GEMUK (2) GILA (1) GIVEAWAY (2) GSC AEON Bandaraya Melaka (1) GUIDE (1) GUNUNG (1) HAPPINESS (1) HAPPY (7) HARAM (1) HARI RAYA (6) HATE (1) HATI (12) HAWA (5) HEART (5) HEAVY (1) HIKING (1) HOLIDAY (3) HOME (3) HOPING (2) HUNGRY (1) HURT (7) INFO (20) ISLAM (1) ISLAMIC (16) JEANS (1) JENAYAH (1) JIWA (4) JODOH (1) JOKE (2) JUDGEMENT (2) JUNIOR (1) KAHWIN (1) KAMBING (1) KARMA (1) KEK (1) KENANGAN (2) KIDS (1) KL (1) KUIH (1) KUPON (1) LAPAR (1) LAPPY (1) LAUGH (3) LELAKI (1) LIE (2) LIFE (20) LIVERPOOL (1) LOVE (32) LUCK. RINDU (2) LUNCH (2) MAAL HIJRAH (1) MAD (2) MALAYSIA (2) MCD (1) MELAKA (6) MENANGIS (1) MENU (1) MERCY (1) MERLIN (1) MISTAKE (1) MITC (1) MOONSON (1) MOTHER (2) MOVIE (1) MUFFIN (1) MUSIC VIDEO (12) MUSLIMAH (1) MYSELF (4) NASI (1) NASI CAMPUR (1) NASIHAT (1) NETWORK (1) NEW (2) NEW YEAR (1) NIGHT (1) NIKAH (1) ONE (1) OPEN HOUSE (1) OTHER (1) OVERDOSE (1) OWL (1) PAIN (2) PARIS (1) PAST (1) PC FAIR (1) PEDAS (1) PENGANTIN (1) PEOPLE (2) PERANTAU (1) PEREMPUAN (1) PESANAN (2) PHONE (2) POEM (2) PRAYER (2) PRECIOUS (1) PRESSURE (2) PRICE (1) PUASA (4) QUESTION (1) QUOTES (1) RAIN (2) RAPE (1) RASULULLAH (1) REASON (1) REGRET (1) RELATIONSHIP (2) REVENGE (1) REVISE (1) REZEKI (3) RINDU (1) ROGOL (1) ROKOK (1) ROMANCE (1) RUN (1) SABAR (2) SACRIFICE (3) SAD (5) SCREENING (1) SECURITY (1) SEDIH (2) SEGMENT (3) SELFISH (1) SEMESTER (3) SENSE (1) SENSITIVE (1) SHARE (2) SHOWROOM (2) SIGNTECH (1) SINETRON (1) SISTER (1) SLEEP (2) SMILE (5) SNAPSHOT (1) SOGO (1) SONG (1) SPANISH (1) SPECIAL (1) SPORT (5) STALKER (1) STORM (1) STRENGTH (7) STRESS (1) STUDY (6) SUNNAH (1) SUNSHINE (1) SUPER (1) SUPPORTIVE (1) SURAH (1) SWEET (2) SYARIAT (1) SYUKUR (2) TENSION (1) TERENGGANU (4) TIDUR (1) TIKCKET (1) TIRED (1) TORN (1) TRAVEL (3) TRIP (1) TV (2) UMUR (1) UNDEFINED (1) UNDERSTANDING (1) UNHAPPY (1) UTEM (6) VAMPIRE DIARIES (1) VD (1) WANITA (4) WASTED (1) WEDDING (7) WOMEN (2) WRONG (1)