blog tune

Followers

Showing posts with label ADAM. Show all posts
Showing posts with label ADAM. Show all posts

Sep 28, 2010

24 Ciri2 SeseORANG yg MenCINTAi kamu

No comments:

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

that's what I felt now,,, =))

Sumber:tentangcinta.com



Sep 14, 2010

dari Kaum HAWA utk Kaum ADAM

No comments:
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

** mana2 isteri pun, pasti ingin menjadi makmun suaminya,,aminkan setiap doa daripada suaminya & mana2 suami juga ingin makan masakan air tangan isterinya,,,so...sama2 la saling memberi & bertolak ansur,,,jgn taw kutuk jerr,,,hahahahha ( shared by Naj Ichimaru Skn )


myTaG

ABAH (1) ADAM (2) ADMIRER (1) ADVICE (5) AFF SUZUKI (2) AGAMA (13) AIDILFITRI (1) ALHAMDULILLAH (5) ALLAH (11) ANNOYING (1) ARTIST (6) BEAUTY (2) BENCANA (1) BEST (3) BFF (6) BIG (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (6) BISNES (2) BLOGGER (4) BLOGWALKING (2) BLOUSE (1) BOLA (2) BULLY (1) BURDEN (1) BUS (2) BUSINESS (1) CANCER (1) CANTIK (3) CARE (2) CELEBRATION (2) CHOICE (5) CINTA (4) COMEL (2) CONCERN (3) CONGRATS (2) COUPON (1) COUSIN (2) CRIME (1) CRY (6) CUTE (3) CYBERSECURITY (1) DEMI LOVATO (1) DESPRATE (1) DESTINY (3) DISSAPOINTED (1) DOA (3) DOUBT (1) DRAMA (2) EAT (2) ENTERTAINMENT (1) ETIKA (1) EXAM (4) EXERCISE (1) FACE (2) FAITH (2) FAKE (2) FAMILY (32) FAMLY (1) FAT (1) FAVORITE (1) FEELING (7) FELINNA BEAUTY (1) FIFA (2) FINAL (1) FIX (2) FOOD (8) FORGIVE (1) FREE (2) FRIEND (12) FTMK (1) FUN (1) GADGET (2) GAME (1) GASTRIK (2) GEMUK (2) GILA (1) GIVEAWAY (2) GSC AEON Bandaraya Melaka (1) GUIDE (1) GUNUNG (1) HAPPINESS (1) HAPPY (7) HARAM (1) HARI RAYA (6) HATE (1) HATI (12) HAWA (5) HEART (5) HEAVY (1) HIKING (1) HOLIDAY (3) HOME (3) HOPING (2) HUNGRY (1) HURT (7) INFO (20) ISLAM (1) ISLAMIC (16) JEANS (1) JENAYAH (1) JIWA (4) JODOH (1) JOKE (2) JUDGEMENT (2) JUNIOR (1) KAHWIN (1) KAMBING (1) KARMA (1) KEK (1) KENANGAN (2) KIDS (1) KL (1) KUIH (1) KUPON (1) LAPAR (1) LAPPY (1) LAUGH (3) LELAKI (1) LIE (2) LIFE (20) LIVERPOOL (1) LOVE (32) LUCK. RINDU (2) LUNCH (2) MAAL HIJRAH (1) MAD (2) MALAYSIA (2) MCD (1) MELAKA (6) MENANGIS (1) MENU (1) MERCY (1) MERLIN (1) MISTAKE (1) MITC (1) MOONSON (1) MOTHER (2) MOVIE (1) MUFFIN (1) MUSIC VIDEO (12) MUSLIMAH (1) MYSELF (4) NASI (1) NASI CAMPUR (1) NASIHAT (1) NETWORK (1) NEW (2) NEW YEAR (1) NIGHT (1) NIKAH (1) ONE (1) OPEN HOUSE (1) OTHER (1) OVERDOSE (1) OWL (1) PAIN (2) PARIS (1) PAST (1) PC FAIR (1) PEDAS (1) PENGANTIN (1) PEOPLE (2) PERANTAU (1) PEREMPUAN (1) PESANAN (2) PHONE (2) POEM (2) PRAYER (2) PRECIOUS (1) PRESSURE (2) PRICE (1) PUASA (4) QUESTION (1) QUOTES (1) RAIN (2) RAPE (1) RASULULLAH (1) REASON (1) REGRET (1) RELATIONSHIP (2) REVENGE (1) REVISE (1) REZEKI (3) RINDU (1) ROGOL (1) ROKOK (1) ROMANCE (1) RUN (1) SABAR (2) SACRIFICE (3) SAD (5) SCREENING (1) SECURITY (1) SEDIH (2) SEGMENT (3) SELFISH (1) SEMESTER (3) SENSE (1) SENSITIVE (1) SHARE (2) SHOWROOM (2) SIGNTECH (1) SINETRON (1) SISTER (1) SLEEP (2) SMILE (5) SNAPSHOT (1) SOGO (1) SONG (1) SPANISH (1) SPECIAL (1) SPORT (5) STALKER (1) STORM (1) STRENGTH (7) STRESS (1) STUDY (6) SUNNAH (1) SUNSHINE (1) SUPER (1) SUPPORTIVE (1) SURAH (1) SWEET (2) SYARIAT (1) SYUKUR (2) TENSION (1) TERENGGANU (4) TIDUR (1) TIKCKET (1) TIRED (1) TORN (1) TRAVEL (3) TRIP (1) TV (2) UMUR (1) UNDEFINED (1) UNDERSTANDING (1) UNHAPPY (1) UTEM (6) VAMPIRE DIARIES (1) VD (1) WANITA (4) WASTED (1) WEDDING (7) WOMEN (2) WRONG (1)